Sunday, April 22, 2012

LELAKI TAMPAN BERKAHWIN DENGAN NENEK BERUSIA 82TAHUN


Mungkin kejadian sebegini boleh dikatakan sangat Aneh! Apa yang membuat seorang lelaki muda dan tampan ingin menikahi wanita tua, atau diketegorikan sebagai nenek-nenek.Nenek yang bernama Adelfa Marta Volpes ini benar-benar sudah sangat tua usianya 82 tahun, sementara pemuda tampan itu baru berusia 24 tahun.


Pemuda yang menjadi sorotan masyarakat itu bernama Rainaldo Waveqche.Pasangan ‘aneh’ ini berkahwin di bandar Santa Fee, 490 km sebelah utara Buenos Aires, Argentina. Konon khabarnya, Reinaldo telah tinggal bersama nenek Adelfa sejak berusia 15 tahun. Pasti anda semua tak percaya bahawa ini adalah cinta suci seperti seorang lelaki mencintai seorang wanita. Dan, banyak orang tidak percaya adanya ‘cinta suci’ itu dan mereka meragukan motif Reinaldo menikahi si nenek. 

Tapi apapaun anggapan orang, Reinaldo tidak peduli. Menurutnya, dia benar-benar mencintai isterinya, Adelfa, dan ikhlas menikahinya kerana cinta bukan kerana wang. Pasangan pengantin baru ini kemudian menghabiskan bulan madu mereka di Rio de Janeiro, Brazil.Reinaldo mengatakan, dia lebih menyukai wanita dewasa daripada yang muda.

“Saya sangat senang,” katanya. Sementara nenek Adelfa, isteri Reinaldo mengatakan, “Reinaldo lelaki yang luar biasa sangat baik, baik dan berpendidikan. Perbezaan usia tidak pernah penting bagi kami.” ujarnya.Pasangan beza usia ini berkahwin di rumah di kelilingi oleh keluarga dan teman-teman dekat. Hadir juga para wartawan yang membuat liputan acara perkahwinan unik itu. 

Upacara sengaja diadakan di rumah atas permintaan Adelfa yang merasa usianya sudah terlalu tua, 80-an, sementara mempelai laki-laki baru 24 tahun, ini akan menimbulkan sensasi.Makanya, dia tidak mahu pemberkatan nikah dilakukan di gereja seperti umumnya pasangan pengantin baru. Kisah cinta unik itu bermula dari kematian ibu Reinaldo. Ibunya seorang single parent yang membesarkan Reinaldo.

Kebetulan juga ibu Reinaldo ini adalah teman Adelfa. Reinaldo yang masih kecil sangat sedih, kerana dia tidak mempunyai ayah, ibu bapa satu-satunya (ibu) pun dipanggil Yang Maha Kuasa. Keadaan menyedihkan ini membuat Adelfa tersentuh, dan menawarkan budak ini untuk tinggal bersamanya. Jadi ketika usia Reinaldo 15 tahun, dia pun pindah tinggal bersama nenek Adelfa yang memperlakukannya dengan baik penuh kasih sayang. 

Pada awalnya memang tidak terjadi apa-apa. Beda usia yang sangat jauh, Reinaldo 15 tahun, Adelfa 73 tahun. Hubungan ini ibarat cucu dan nenek. Pengakuan Adelfa, hubungan mula berkembang ke arah berbeza apabila Reinaldo berusia 18 tahun. Saat itulah mulai timbul ‘bibit-bibit’ cinta yang terus bersemi subur, begitu pengakuan nenek Adelfa. Apapun itu, yang terpenting adalah kedua-duanya sudah berkahwin dan sah suami isteri. Usia memang bukan halangan!! Dan yang pasti, perkahwinan ini membuat banyak gadis patah hati kerana Reinaldo lebih memilih nenek Adelfa berbanding gadis-gadis muda dan cantik yang seumur dengannya – Dhaniels.com

No comments:

Blog Pilihan