Tuesday, April 24, 2012

DIGELAR BLACK WIDOW KERANA HOBI PERKOSA LELAKI | MACAM2



Seorang perempuan muda eksentrik ditangkap polis Rusia kerana meracuni dan memerkosa 10 lelaki setelah lebih dulu memancing mereka dengan kecantikannya.Perempuan itu diketahui bernama Valeria K (32). Hobinya cukup unik, iaitu mengumpul labah-labah beracun. Oleh kerana itu, dia digelar “Black Widow”, sejenis labah-labah raksasa yang ganas terhadap lawan jenisnya.


Menurut laman Life.ru, polis mulai curiga ketika jumlah pesakit laki-laki dengan keluhan yang khusus meningkat di rumah sakit. Keluhan itu adalah keracunan klonidin dan trauma berat pada zakar. Tidak banyak yang diingat lelaki itu kecuali perempuan cantik berambut merah yang mengajak mereka minum di sebuah pangsapuri. Menurut mereka, perempuan itu juga sangat ramah.

 Memang akhirnya Valeria tertangkap dan mengakui perbuatannya. Namun, polis masih tertanya tanya dengan modus operandi perkosaan itu. Dalam pengakuannya, Valeria mendedahkan bahawa dia memang memujuk lelaki untuk bermalam di apartmennya.
`
Di sana mereka minum-minum dan tentu saja para lelaki itu menginginkan hubungan seks.Lalu dia memberikan para lelaki itu air yang sudah dicampur dengan klonidin yang membuat mereka pengsan selama 24 jam. Namun, sebelum itu, zakar lelaki yang sudah terangsang itu diikat pangkalnya. 
`
Setelah itu, para korban dibuang di sebuah kawasan sepi dan ketika sedar mereka sudah tidak ingat apa-apa. Hal terkini yang boleh mereka ingat adalah bertemu seorang perempuan cantik, selebihnya gelap.

No comments:

Blog Pilihan